Solat Sunat Rawatib - Fadilat Dan Tatacara
Assalammu'alaikum
kepada pembaca yang dirahmati Allah,
Perkataan Rawatib
berasal daripada perkataan ‘raatib‘ yang bermaksud berterusan. Oleh kerana itu Solat
Sunat Rawatib dilakukan beriringan secara berterusan sebelum dan selepas solat
fardhu lima waktu.
Solat Sunat
Rawatib biasa juga disebut solat sunat Qab.liyyah
(sebelum) dan sunat Badiyyah (selepas).
Ia merupakan pendamping atau pelengkap bagi solat wajib yang bertujuannya untuk mencari keredaan
Allah di samping menampung sebarang
kekurangan ketika melakukan solat fardhu.
Selepas azan Zuhur
dianjur mengerjakan solat Qabliyyah dua rakaat. Apabila cukup waktu kerjakanlah
dua rakaat lagi. Setelah selesai solat fardhu Zuhur, kerjakanlah solat Badiyyah
dua rakaat pula, bila ada masa tambahkanlah dua rakaat lagi.
Solat Rawatib
ialah solat yang mengiringi solat-solat fardhu sama ada sebelum atau selepas
solat fardhu. Solat sunat Rawatib ini terbahagi kepada dua bahagian:
Sunat Rawatib yang “Muakkad”
Sunat Rawatib yang “Ghaira Muakkad”.
Disamping itu
Sunat Rawatib juga terbahagi kepada 2 kategori :
Qabliah (sebelum Solat Fardhu)
Ba’diah (selepas Solat Fardhu)
Sunat Rawatib yang
“Muakkad” adalah 10 rakaat seperti berikut :
2 Rakaat sebelum Solat Subuh
2 Rakaat sebelum Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
2 Rakaat selepas Solat Maghrib.
2 Rakaat selepas Isyak.
Sunat Rawatib yang
“Ghaira Muakkad” pula
adalah 12 rakaat seperti berikut :
2 Rakaat sebelum Solat Zohor
2 Rakaat selepas Solat Zohor.
4 Rakaat sebelum Solat Asar.
2 Rakaat sebelum Solat Maghrib.
2 Rakaat sebelum Isyak.
DALIL TENTANG SUNAT MELAKUKAN SOLAT INI.
Sabda Rasulullah
s.a.w :
عن عبد الله بن عمر
قال حفظت عن رسول الله صلى الله عليه وسلم ركعتين قبل الظهر وركعتين بعد المغرب وركعتين
بعد العشاء وركعتين قبل الغداة – (متفق عليه)
Maksudnya: Dari Abdullah bin Umar, katanya,
“Saya mengingati (lafaz) dari Rasulullah
s.a.w dua rakaat sebelum Zohor, dua rakaat sesudah Maghrib, dua rakaat sesudah
Isyak, dan dua rakaat sebelum Subuh.” –(Muttafaq
alaih)
NIAT SOLAT RAWATIB
Sekiranya sebelum solat Fardhu di sebut: قَبْلِيَّةً
Sekiranya selepas solat Fardhu di sebut: بَعْدِيَّةً
Oleh yang demikian
niatnya adalah seperti berikut :
أُصَلِّي سُنَّةَ (
الظُّهْرِ / العَصْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ / الصبح ) رَكْعَتَيْنِ (قَبْلِيَّةً
/ بَعْدِيَّةً ) لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya : Sahaja
aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat (Sebelum /
Selepas) kerana Allah Taala.
______________________________________
Pembahasan Solat
Sunat Rawatib
Tanya:
Assalaamualaykum
warohmatullahi wabarokatuh. Saya baru belajar mendalami agama Allah yg
sebenarnya, yg mengikut al-Qur’an dan
hadist dan sunnah para sahabat dan imam. Ada yang ingin saya tanyakan? Masalah
solat sunat dalam menjalankan solat lima waktu.
Ada yg boleh
dikerjakan dan tidak. Maksudnya solat sunat yang boleh dikerjakan waktu
mengerjakan solat wajib lima waktu: Yang mana boleh di kerjakan dan mana yang
tidak? Tolong diberi penjelasannya … Fauzan
Jawab:
Waalaikumussalam
warahmatullahi wabarakatuh.
Mungkin yang anda
maksud adalah solat sunat rawatib (yang berada sebelum dan setelah solat
wajib). Ada tiga hadits yang menjelaskan jumlah solat sunat rawatib beserta
letak-letaknya:
1. Dari Ummu
Habibah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ
يُصَلِّي لِلَّهِ كُلَّ يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا غَيْرَ فَرِيضَةٍ
إِلَّا بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ
Tidaklah seorang muslim mendirikan solat
sunat ikhlas karena Allah sebanyak dua belas rakaat selain solat fardhu,
melainkan Allah akan membangunkan baginya sebuah rumah di surga. (HR. Muslim
no. 728)
Dan dalam riwayat
At-Tirmizi dan An-Nasai, ditafsirkan ke-12 rakaat tersebut. Beliau bersabda:
مَنْ ثَابَرَ عَلَى ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْ السُّنَّةِ
بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ
قَبْلَ الْفَجْرِ
Barangsiapa menjaga dalam mengerjakan solat
sunat dua belas rakaat, maka Allah akan membangunkan rumah untuknya di surga,
yaitu empat rakaat sebelum zhuhur, dua rakaat setelah zhuhur, dua rakaat
setelah maghrib, dua rakaat setelah isya` dan dua rakaat sebelum subuh. (HR.
At-Tirmizi no. 379 dan An-Nasai no. 1772 dari Aisyah)
2. Dari ‘Abdullah bin ‘Umar
radliallahu ‘anhu dia berkata:
حَفِظْتُ مِنْ النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَشْرَ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ الظُّهْرِ
وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ
بَعْدَ الْعِشَاءِ فِي بَيْتِهِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الصُّبْحِ
Aku menghafal
sesuatu dari Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam berupa solat sunat sepuluh raka’at yaitu; dua raka’at sebelum solat zuhur, dua raka’at sesudahnya, dua raka’at sesudah solat maghrib di rumah beliau, dua raka’at sesudah solat isya’ di rumah beliau, dan dua raka’at sebelum solat subuh. (HR. Al-Bukhari no. 937, 1165,
1173, 1180 dan Muslim no. 729)
Dalam sebuah riwayat keduanya, “Dua rakaat setelah jumat.”
Dalam riwayat Muslim, “Adapun pada solat maghrib, isya, dan jum’at, maka Nabi r mengerjakan solat sunatnya di rumah.”
3. Dari Ibnu Umar
dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
رَحِمَ اللَّهُ امْرَأً
صَلَّى قَبْلَ الْعَصْرِ أَرْبَعًا
Semoga Allah merahmati seseorang yang
mengerjakan solat (sunat) empat raka’at sebelum
Ashar. (HR. Abu Daud no. 1271 dan At-Tirmizi no. 430)
Maka dari sini
kita bisa mengetahui bahwa solat sunat rawatib adalah:
1- 2 rakaat sebelum subuh, dan sunnahnya
dikerjakan di rumah.
2- 2 rakaat
sebelum zuhur, dan bisa juga 4 rakaat.
3- 2 rakaat
setelah zuhur
4- 4 rakaat
sebelum ashar
5- 2 rakaat
setelah jumat.
6- 2 rakaat setelah maghrib, dan sunnahnya
dikerjakan di rumah.
7- 2 rakaat setelah isya, dan sunnahnya
dikerjakan di rumah.
Soal: Apakah hukum
solat sunat setelah subuh, sebelum jumat, setelah ashar, sebelum maghrib, dan
sebelum isya?
Jawab:
Adapun dua rakaat
sebelum maghrib dan sebelum isya, maka dia tetap disunnahkan dengan dalil umum:
Dari Abdullah bin
Mughaffal Al Muzani dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
بَيْنَ كُلِّ أَذَانَيْنِ
صَلَاةٌ قَالَهَا ثَلَاثًا قَالَ فِي الثَّالِثَةِ لِمَنْ شَاءَ
Di antara setiap dua adzan (azan dan
iqamah) itu ada solat (sunat). Beliau mengulanginya hingga tiga kali. Dan pada
kali yang ketiga beliau bersabda, “Bagi siapa
saja yang mau mengerjakannya. (HR. Al-Bukhari no. 588 dan Muslim no. 1384)
Adapun setelah
subuh dan ashar, maka tidak ada solat sunat rawatib saat itu. Bahkan terlarang
untuk solat sunat mutlak pada waktu itu, karena kedua waktu itu termasuk dari
lima waktu terlarang.
Dari Ibnu ‘Abbas dia berkata:
شَهِدَ عِنْدِي رِجَالٌ
مَرْضِيُّونَ وَأَرْضَاهُمْ عِنْدِي عُمَرُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصُّبْحِ حَتَّى تَشْرُقَ الشَّمْسُ وَبَعْدَ
الْعَصْرِ حَتَّى تَغْرُبَ
Orang-orang yang diridlai mempersaksikan
kepadaku dan di antara mereka yang paling aku ridhai adalah ‘Umar, (mereka semua mengatakan) bahwa Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam melarang solat setelah
Shubuh hingga matahari terbit, dan setelah ‘Ashar sampai matahari terbenam. (HR. Al-Bukhari no.
547 dan Muslim no. 1367)
Adapun solat sunat
sebelum jumat, maka pendapat yang rajih adalah tidak disunnahkan. Insya Allah
mengenai tidak disyariatkannya solat sunat sebelum jumat akan datang
pembahasannya tersendiri, wallahu Ta’ala a’la
Video
0 comments:
Post a Comment